Wednesday, 22 February 2017

Kuliah Mingguan 22/2/2017 - Utz Che Rose

Kitab Bakuratul Amani - muka surat 16

Sifat Allah terbahagi 3
1. Sifat Nafsiah - 1 = wujud
2. Sifat Salbiah - 5
3. Sifat Maani

Sifat tuhan dibawa dengan ismi bukan masdar

Sifat Qudrah - Pekuasa (ismi) berkuasa (masdar)

Kuliah Mingguan 20/2/2017 - Utz Shamir

Fiqh Sirah 1 - muka surat 34

Dakwah para Anbia' dan Ulamak (waris para nabi) bersendikan 2 asas penting:

1. 'Akidah Kepercayaan
2. Perundangan dan Akhlak

Bangsa dihapuskan akibat penyelewengan
Dari nabi Ibrahim lahir 2 bangsa besar
1. Israil
2. Arab

Yahudi menghina nabi dengan berkata nabi adalah seperti kita (hang macam kami juga)

Sekarang kita pun macam perangai Yahudi juga dok kata para ulamak tidak maksum sedangkan ulamak nabi iktiraf, bukan kita iktiraf

Friday, 17 February 2017

Kuliah Mingguan 17/2/2017 - Utz Zulkifli Noh

Kitab Tanbihul Ghaafiliin

3 Perkara yang merosakan hati

  • Tertawa tanpa sesuatu yang mentertawakan (ajaib)
  • Makan tanpa rasa lapar
  • Bicara yang tidak penting (perlu)
Watsilah bin Al-asqa’ dari Abuhurairah r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Hai Abuhurairah, jadilah engkau seorang warak (menghindari semua yang haram dan syubhat) nescaya engkau menjadi sebaik-baik manusia ibadatnya, dan jadilah engkau orang yang qana’ah (teriman), nescaya menjadi manusia yang sangat bersyukur, dan sukailah untuk lain orang apa yang kau suka untuk dirimu sendiri nescaya engkau menjadi orang mukmin, dan perbaikilah ketetanggaan kepada tetanggamu nescaya engkau menjadi orang muslim dan kurangilah tertawa sebab banyak tertawa itu mematikan hati.”

Tuesday, 14 February 2017

Kuliah Bulanan 14/2/2017 - Utz Azizul Arifin

Kitab Penawar Hati

Bab 2
  • Diam lebih baik dari bersembang
  • Jagalah antara dua dagumu dan dua kakimu iaitu mulut dan kemaluan
  • Kaum Hawariyyin bertanyakan Nabi Musa bagaimana cara nak masuk syurga, Nabi Musa memberitahu hendaklah kamu diam selamanya, mereka berkata mereka tidak mampu. Nabi Musa berkata bolehkah kamu bercakap perkara yang baik sahaja.

Kuliah mingguan 13/2/2017 - Utz Mansor

Intipati kuliah
  • Harta yang kita miliki hanya pinjaman yang diamanahkan oleh Allah walau sebiji biji sawi
  • Rahmat Allah air hujan menitis halus, awan yang mengandung air hujan tidak jatuh ke bumi
  • Semua makhluk Allah berzikir dengan cara tersendiri sebaliknya manusia dan jin kebanyakan lupa kepada Allah

Monday, 13 February 2017

Kuliah Bulanan 12/2/2017 - Utz Fawwaz Muhammad Jan

Kitab 50 Gaya Hidup Rasulullah s.a.w

Bab 11 - Adab Menguap, Bersin Dan Doanya
  • Apabila menguap, tutup mulut dengan belakang tapak tangan kiri, kemudian baca a'uzubillah
  • Apabila bersin, tutup mulut dengan tangan atau kain, kurangkan bunyinya, kemudian baca Alhamdulillah.

Kuliah Mingguan 9/2/2017 - Utz Amri

Kitab Hadis 40

Hadis Ke 6 - Halal, Haram, Larangan dan Kedudukan Hati

Sunday, 12 February 2017

Gotong Royong




Gotong Royong membersih persekitaran masjid telah diadakan pada 10/2/2017 mulai jam 8.30 pagi hingga jam 10.30 pagi antara yang hadir AJK dan anak qariah masjid

Gambar (facebook)

Perlantikan Imam

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Negeri Kedah Darul Aman telah perkenan melantik HAJI MOHD YUSRI BIN SALLEH sebagai Pegawai Masjid (IMAM) bagi Masjid Kariah Alor Jawi di bawah Seksyen 63(1) Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam (Kedah darul Aman) 2008 dan sebagai Penolong Pendaftar Nikah, Cerai Dan Rujuk Negeri Kedah Darul Aman di bawah seksyen 25(2) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Kedah Darul Aman) 2008

Perlantikan ini berkuatkuasa mulai 01 FEBRUARI 2017 bersamaan 04 JAMADIL AWWAL 1438